fbpx

Raja Permaisuri Agong berangkat ke majlis pernikahan Raja Sarina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis persandingan Raja Sarina dan pasangan di ibu negara, semalam.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis persandingan Raja Sarina Intan Bahiyah Raja Iskandar Dzurkarnain dan suami, Muhammad Firdaus Muhammad Sukor di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Raja Sarina yang merupakan anakanda ketiga kepada Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim selamat dinikahkan bersama Muhammad Firdaus, yang berasal dari Kedah pada 25 Mei lalu.

“Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

“Berangkat sama, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim bersama suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI