fbpx

Guru cederakan kepala budak 6 tahun direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Guru wanita yang terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di sebuah taska swasta di Kota Emerald, Rawang, di sini, 26 Mei lalu, direman selama enam hari.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, reman dibenarkan mulai hari ini sehingga 5 Jun depan.

Terdahulu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi bagi tujuan permohonan reman.

Sebelum ini media melaporkan seorang kanak-kanak enam tahun cedera di bahagian kepala akibat tindakan seorang guru semasa berada di taska terbabit.

Menurut laporan yang dibuat bapa kanak-kanak tersebut, guru berusia 30-an itu dipercayai mencederakan kepala mangsa menggunakan pen.

Kes disiasat di bawah Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI