fbpx

Suami menangis, kasihan lihat isteri kesakitan bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG suami menangis apabila isterinya sedang bersalin. - Foto Instagram/Ummul Khair Fatma

NEW DELHI – Satu rakaman video penuh emosi memaparkan seorang lelaki menangis ketika isterinya mengalami  sakit bersalin semasa melahirkan anak mereka di sebuah hospital di negeri Uttar Pradesh,  lapor portal berita Free Press Journal kelmarin.

Klip video itu dikongsi di platform Instagram oleh Dr. Ummul Khair Fatma iaitu  pakar sakit puan popular berpangkalan di Prayagraj dan mempunyai lebih 1.6 juta pengikut. 

Ketika lelaki itu mengakui betapa beratnya kesakitan yang akan dialami isterinya, dia jelas terharu dan mula menangis di hadapan kakitangan perubatan.

Dalam video itu, doktor itu dengan lembut bertanya kepadanya: “Sebesar mana anda menyayanginya?”

Dia menjawab dengan linangan air mata: “Saya sangat sayangkan dia”. 

Reaksinya yang mencerminkan simpati dan kasih sayangnya terhadap isterinya itu mendapat komen daripada netizen. 

“Lelaki seperti ini berhak mendapat kebahagiaan dalam hidup,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI