PETALING JAYA – Pempengaruh, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat menganggap tindakan empat guru yang menengking anak saudaranya seperti yang tular di media sosial sebagai keterlaluan.
Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok, Sajat berkata, anak saudaranya yang dikenali sebagai Lisa dibesarkan oleh adiknya, Mastika.
“Dia anak yang kurang kasih sayang, dibesarkan dalam keluarga tidak sempurna. Faham tak keluarga tidak sempurna, tiada ayah hanya dibesarkan oleh ibu.
“Anak buah saya cerita (cara) cikgu itu marah berbeza dengan orang lain marah, siap tengking dan tunjuk (tuding) depan muka lagi. Dia tak pernah dibesarkan oleh ayah, dia mesti sedih,” katanya.
Menurut Sajat, dia tidak akan berdiam diri dalam isu tersebut kerana tidak berpuas hati dengan tindakan guru-guru yang terlibat.
“Kau (guru) boleh rakam lagi, kau memang cari masalah dengan mak cik dia pula, sekarang ini mak cik dia tak puas hati. Kau tunggu,” katanya.
Sajat berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan terhadap cikgu terbabit, bahkan turut menegaskan bahawa bukan murid berkenaan yang sepatutnya ditukar sekolah, sebaliknya guru tersebut.
Dalam satu sesi live di TikTok hari ini, Sajat turut menempelak guru tersebut yang bertindak menggesa murid terbabit untuk tidak hadir ke sekolah.- KOSMO! ONLINE.