fbpx

Forest terlepas UCL, akur tempat ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Forest, Chris Wood (tengah) mensia-siakan banyak peluang ketika tewas kepada Chelsea semalam. - AFP

NOTTINGHAM – Impian Nottingham Forest beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan berkecai selepas tewas 0-1 kepada Chelsea dalam aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground semalam.

Kekalahan itu menyebabkan Forest menamatkan musim di tangga ketujuh, namun masih boleh berpuas hati kerana kedudukan tersebut melayakkan mereka beraksi dalam saingan Liga Konferens Europa.

Begitupun, Forest layak berbangga kerana ia adalah pencapaian tertinggi mereka di pentas EPL sejak meraih tempat ketiga pada edisi 1994/1995.

Pengurus Forest, Nuno Espirito Santo berbangga dengan keseluruhan prestasi anak-anak buahnya selain turut melaungkan keyakinan mereka akan berusaha sekali lagi menyambar slot UCL dalam kempen musim depan.

“Selepas mengharungi musim yang boleh dikatakan menakjubkan, namun kami masih gagal meraih impian utama (beraksi di UCL). Kami mencipta banyak peluang tetapi ia belum mencukupi.

“Apapun kami berbangga dan kami akan lakukannya sekali lagi (buru tiket UCL). Peningkatan ditunjukkan amat memberangsangkan dan jika anda bertanya kepada saya, musim ini cukup hebat sekali,” katanya.

Bagaimanapun, masa depan Santo turut menjadi tanda tanya selepas pemilik kelab, Evangelos Marinakis didakwa mempersoalkan keputusan bekas pengurus Wolves dan Tottenham Hotspur itu sebelum ini.

“Sekarang bukan masa bercakap atau berfikir mengenai saya. Sekarang adalah waktu untuk kelab memikirkan apa yang perlu dilakukan musim depan,” tambah Santo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI