fbpx

Sampel asid dari kilang tempat kerja dua suspek dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa (kiri) dibantu oleh orang ramai selepas disimbah asid di premisnya di pekan Beris Kubur Besar, Bachok pada minggu lalu.

BACHOK – Polis merampas sampel asid di kilang getah yang merupakan tempat kerja dua suspek termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid ke arah seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaludin berkata, sampel asid itu diambil selepas penahanan seorang wanita berusia 38 tahun dan rakannya 45 tahun dalam serbuan di kilang getah tersebut di Kuala Krai baru-baru ini.

Menurutnya, sampel tersebut sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Buat masa ini, kita sedang menunggu laporan analisis dari Jabatan Kimia untuk mengenal pasti sama ada sampel yang dirampas itu sama atau sebaliknya dalam kes ini.

“Selain itu, polis turut memohon lanjutan reman terhadap suspek wanita hari ini kerana siasatan masih belum lengkap. Masih ada perkara yang masih perlu disiasat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, motif sebenar kejadian simbah asid itu akan diketahui selepas semua laporan lengkap.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, reman seorang pekerja kilang getah yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada pemilik spa di Beris Kubur Besar di sini pada minggu lalu disambung empat hari.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu menyebabkan mangsa, Nor Faziera Muda, 27, mengalami kecederaan parah pada lengan kanan dan belakang badan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI