fbpx

Amorim minta bintang muda tinggalkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM tidak memerlukan khidmat Garnacho di United musim depan dan meminta pemain itu mencari kelab baharu. - AFP

MANCHESTER – Tidak ada perubahan dalam struktur kejurulatihan Manchester United selepas pengurus, Ruben Amorim memaklumkan kepada barisan pemainnya bahawa beliau akan terus kekal bersama pasukan.

Meskipun menamatkan saingan musim ini tanpa sebarang trofi selain menghuni tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL), namun pengurusan tertinggi United masih menaruh sepenuh kepercayaan terhadap pengendali dari Portugal itu.

Dalam pada itu, Amorim juga sudah mendedahkan perancangan beliau menjelang saingan musim hadapan dengan beberapa pemain mungkin ditunjukkan jalan keluar dari Old Trafford bagi memberi ruang kepada pemain-pemain baharu.

Antara nama bakal disingkirkan adalah pemain sayap, Alejandro Garnacho yang sebelum ini memberi gambaran beliau tidak berpuas hati dengan layanan diberikan Amorim ketika final Liga Europa menentang Tottenham Hotspur.

Difahamkan, ketika perjumpaan bersama pemain-pemain, Amorim memberitahu Garnacho secara terus bahawa khidmatnya tidak diperlukan pada musim depan dan meminta pemain Argentina itu mencari kelab baharu.

Terdahulu, Garnacho meluahkan rasa kecewa menerusi media sosial apabila dia hanya beraksi selama 20 minit pada aksi final selepas dimasukkan sebagai pemain gantian meskipun sudah membantu pasukan sepanjang musim ini.

Sebagai rekod, pemain berusia 21 tahun itu menyertai United dari Atletico Madrid pada Oktober 2020 dan sudah melakukan 144 penampilan dengan meledak 26 gol selain melakukan 22 umpanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI