fbpx

‘Ada sebab wanita fail cerai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZEHRA Zambri menyangkap pendapat mendakwa wanita jenis yang terlalu mudah hendak bercerai setiap kali berlaku masalah dalam rumah tangga.

KUALA LUMPUR – “Wanita tak sewenang-wenangnya wanita minta cerai”.

Demikian kata penyanyi Zehra Zambri apabila diminta mengulas tentang tanggapan sesetengah pihak yang melabel golongan wanita mudah untuk memfailkan perceraian apabila berlaku masalah dalam rumah tangga.

Menurut Zehra, 38, pasti ada sebab yang kukuh jika seseorang wanita memilih untuk keluar daripada perkahwinan, sama seperti tindakannya terhadap suami, Nur Mohd. Iqwan Samsudin.

“Saya tidak setuju dan tak boleh nak label wanita begitu. Semua wanita berkahwin ingin bahagia, tambah jika sudah ada anak.

“Setiap yang berlaku mesti bersebab cuma wanita itu ingin bercerita atau tidak saja,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Semalakama itu memfailkan perceraian pada 7 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.

Dalam pada itu, Zehra memilih untuk mengunci mulut mengenai kes perceraiannya masih berjalan di mahkamah.

“Saya akui perceraian akan tinggalkan impak tidak baik dalam kerjaya seni sebab sepanjang lebih 20 tahun berada dalam industri saya tiada sebarang kontroversi.

“Orang biasa pun bercerai, cuma sebab saya artis perkara itu menjadi tumpuan. Saya memilih untuk positif dan teruskan segalanya mengikut prosedur mahkamah.

“Butiran dan perkembangan kes saya tidak mahu kongsi kerana sangat peribadi dan mengaibkan, lebih baik saya simpan sendiri sahaja,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Konsert Tradisional Simfoni Budaya II, semalam.

Memilih untuk bersikap profesional, Zehra bersyukur kerana kontroversi perceraiannya tidak menjejaskan periuk nasinya.

“Alhamdulillah, saya masih menerima banyak tawaran termasuklah daripada DFP dan kerja yang saya terima adalah berdasarkan bakat bukan kontroversi semata-mata,” ujarnya.

Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun bercerai pada April 2018.

Dalam perkembangan lain, Zehra bersama Datuk Andre Goh, Hazra Dollah, Daniel Chuer dan Roger Kajol bakal membuat persembahan di Konsert Simfoni Budaya II di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 Julai ini.

Tiket konsert berharga RM179 sehingga RM449 boleh didapati menerusi laman web, www.mpo.com.my.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI