PETALING JAYA – Sebuah kereta rosak akibat ‘serangan’ seekor gajah yang mengamuk di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, malam tadi.
Perkongsian oleh seorang pengguna di Tiktok @Dinazahra9293 memaparkan keadaan sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih mengalami kerosakan teruk bahagian depan dan belakang kenderaan.
Menerusi ruangan komen, ada pengguna yang berkongsi punca insiden berkenaan adalah kerana beberapa buah kenderaan yang berada di hadapan kereta terbabit tidak memberhentikan kenderaan mereka sewaktu gajah tersebut ingin melalui kawasan itu.
“Ada saksi komen sebab ada lori dan kereta Waja depan kereta putih ini jalan juga sedangkan ada kawanan gajah tengah lalu dah nak masuk hutan, itu yang kawanan gajah marah,” kata @CikFar8131.
Dalam pada itu, terdapat saksi di tempat kejadian mengatakan pemandu kenderaan terbabit bergegas keluar daripada kereta ketika gajah berkenaan mengamuk.
“Kereta saya yang kelima jarak dari kereta ini. Katanya, sebab ada lori ayam depan kereta ini. Anak gajah itu terkejut sebab itu yang gajah mengamuk. Saya tengok abang itu lari keluar daripada kereta dia,” komen @Nisha. -KOSMO! ONLINE
@dinazahra9293 gajah mengamuk bukit grik 20/5/2025 ….smoga allah permudhkn urusan tuan kereta….#lebuhrayagrikjeli #gajah😭😭😭😭😭 #fyp ♬ original sound – Jom kurus 92