fbpx

Penduduk resah dihantui ketukan misteri tanpa kelibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk beberapa kawasan perumahan diganggu bunyi ketukan pintu misteri. - Istimewa

JAKARTA – Penduduk beberapa kawasan kejiranan di Karawang, wilayah Jawa Barat resah apabila insiden ketukan pintu misteri kerap berlaku selepas waktu tengah malam, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Bukan itu sahaja, kejadian tersebut menjadi misteri kerana tiada individu dilihat mengetuk pintu apabila penduduk memeriksa menggunakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Kejadian seumpama itu berlaku di beberapa kawasan perumahan termasuk di daerah Klari, Purwasari serta Karawang Barat.

Sebilangan penduduk mendakwa kehilangan wang selepas mereka membuka pintu untuk memeriksa.

“Rumah saya turut menjadi sasaran. Selepas membuka pintu, sedar-sedar wang sudah hilang,” kata seorang penduduk dikenali sebagai Yani.

Tambah Yani, tiga buah rumah di kawasan kejiranannya mengalami kejadian serupa.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali berkata, dia mendengar bunyi ketukan pintu sekitar pukul 1 pagi (waktu tempatan).

“Saya tidak berani membuka pintu, namun hanya memeriksa melalui CCTV. 

“Benar, bunyi ketukan ada tetapi tiada sesiapa yang dilihat mengetuk pintu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Karawang, Asisten Komisioner Fiki Novian Ardiansyah meminta orang ramai agar bertenang tetapi sentiasa meningkatkan kewaspadaan.

“Jika individu tidak dikenali mengetuk pintu rumah, satu-satunya petua yang boleh anda ikuti adalah tidak segera membuka pintu atau pagar,” kata Fiki.

Fiki turut meminta orang ramai agar melaporkan kepada pegawai keselamatan, rukun tetangga atau balai polis berhampiran sekiranya terdapat kejadian yang mencurigakan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI