fbpx

‘Angkut barang naik Axia, macam nak pindah rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta dipenuhi barangan besar sehingga melimpah keluar ke jalan raya.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu sebuah kereta jenis Perodua Axia membawa barangan berlebihan sehingga terjatuh di atas jalan mengundang kebimbangan ramai.

Menerusi satu perkongsian di TikTok milik @She_kin17, kereta itu dilihat dipenuhi dengan barangan besar sehingga ‘melimpah keluar’.

“Wahai pak cik, ingatlah kami pun ada insan tersayang. Janganlah bawa barang banyak sangat macam ini. Bahaya pak cik. Nasib baik semua orang memandu perlahan. Kalau ada yang laju, tak sempat brek, macam mana?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bimbang dengan situasi itu dan berseloroh dengan tindakan lelaki berkenaan.

“Pak cik ini pindah rumah tapi bajet tak cukup nak sewa lori kot,” komen @Mamat5978.

“Nak jadi Mr. Bean versi Malaysia agaknya,” seloroh @Hassanmoiden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI