PETALING JAYA – Didakwa sebagai penyondol, pelakon Shakilla Khoriri meluahkan hasrat untuk bersemuka dengan individu yang melemparkan tuduhan terhadapnya.
Bagaimanapun, Shakilla atau nama penuhnya Nurul Shakilla Mohd. Khoriri, 36, mendedahkan disekat individu terbabit dalam media sosial walaupun hanya mahu berbincang secara baik.
“Kita DM (mesej langsung) baik-baik, disekatnya kita. Saya tak suka berbalas komen dengan manusia serba tahu jadi saya DM, lebih sopan.
“Kalau nak menulis yang paling serba tahu pastikan kena berani dan yakin dengan apa yang ditulis.
“Untung tak kena maki depan netizen yang budiman,” katanya dalam InstaStory.
Pada masa sama, pelakon drama Takdir Itu Milik Aku itu turut menasihati individu terbabit agar tidak masuk campur dalam urusan orang lain.
“Lain kali jangan ‘busy body’ (sibuk). Jangan jadi yang paling tahu hal orang lain.
“Simpan sahaja ‘lato-lato’ dalam peti mayat. Sembang tin kosong,” ujarnya.
Shakilla bersuara selepas seorang individu tampil mendakwa wanita itu pernah menjadi penyondol kepada rakannya.
“Tak silap Shakilla ini perampas laki kawan saya. Bila dia kena kecam teruk hari itu, dia diam saja.
“Ini dia kecam balik bekas laki dia padahal dia lah penyondol konon suci berdikari itu,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE