fbpx

LIMA’25 pertingkat keupayaan industri pertahanan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (empat kanan) melawat reruai di MIEC, Langkawi hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO

LANGKAWI – Kerajaan komited untuk terus membantu meningkatkan keupayaan pemain industri pertahanan tempatan termasuk dalam aspek pemindahan teknologi dengan syarikat luar serta pengeluaran aset ketenteraan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, salah satu usaha itu adalah menerusi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang memasuki edisi ke-17, tahun ini.

“LIMA’25 bukan hanya menjadi platform untuk memasarkan aset pertahanan, tetapi juga usaha kita dalam mempertingkatkan keupayaan industri pertahanan tempatan.

“Jadi akan ada beberapa memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani pada LIMA kali ini untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau persiapan LIMA’25 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World Langkawi (RWL), di sini hari ini.

Kata beliau, MoU itu juga akan melibatkan usaha dalam membangunkan atau memulakan program pembangunan satelit pertahanan kecerdasan buatan (AI) serta langkah mewujudkan pusat kecemerlangan penerbangan.

“LIMA kali ini juga menjadi medan kepada kita untuk menonjolkan aset-aset ketenteraan keluaran tempatan. Ia adalah peluang kepada syarikat tempatan untuk menonjolkan produk masing-masing.

“Salah satu usaha yang sangat signifikan adalah kita akan melancarkan produk baharu kenderaan perisai 4×4 yang dibina dalam negara meliputi komponen-komponen tempatan lebih 50 peratus,” ujarnya.

Katanya, kejayaan itu menjadi permulaan buat negara untuk membekal dan menyediakan aset pertahanan keluaran tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI