fbpx

‘Bukan salah penyondol, suami curang sebab isteri kepam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Michael Ang menimbulkan amarah netizen dalam sebuah temu bual audio siar.

PETALING JAYA – “Penyondol takkan berjaya kalau suami itu bahagia dengan pasangan dia.”

Demikian pendapat pengarah dan penerbit, Michael Ang yang tidak menyalahkan sepenuhnya kaum lelaki yang berlaku curang pada pasangan sebaliknya, isteri selaku mangsa juga perlu muhasabah diri.

Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, 49, lantang menyuarakan kekurangan wanita yang menjadi punca rumah tangga mereka bermasalah.

“Mungkin kau (wanita yang disondol) pun ada masalah.

“Lelaki yang curang memang salah tapi kau tidak boleh salahkan penyondol itu sahaja.

“Kau ada tanya tidak diri kau kenapa suami cari orang ketiga? Mungkin kepam, atau suka korek hidung.

“Apa yang kau tahu, kau melalak di media sosial macam anjing,” katanya dalam sebuah audio siar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah dengan pendapat yang dilontarkan oleh pengarah berusia 49 tersebut.

“Bagi saya, Michael Ang tiada ‘common sense’. Sumpah!,” kata seorang netizen.

“Hilang hormat dekat Michael Ang. Perempuan kepam sebab jaga anak-anak kecil sampai tidak sempat mahu jaga diri sendiri.

“Kalau mahu wangi-wangi selalu suruh lelaki sediakan dua orang pembantu di rumah. Ini nafkah pun kelaut, memang la menyalak,” jelas netizen.

“Curang sebab rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada,” kata seorang lagi netizen.

Pendapat Micheal diluahkan selepas banyak isu campur tangan orang ketiga dalam rumah tangga sering menjadi punca rosak hubungan suami isteri hingga mencetuskan perdebatan hangat dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI