fbpx

Ada anggota polis bertugas di sempadan terlibat kegiatan penyeludupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis pada Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengesahkan menerima maklumat berkait salah guna kuasa melibatkan anggota pasukan itu yang terlibatkan kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut diperoleh pada tahun lalu dan pihaknya sudah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kes tersebut.

“Kita tidak akan berkompromi dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan balai-balai yang terlibat sekiranya terlibat dengan kegiatan penyeludupan.

“Semua anggota dan pegawai polis sentiasa diingatkan supaya tidak bersubahat dengan kegiatan penyeludupan terutamanya dadah dan senjata api,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, pihaknya mengambil serius perkara tersebut kerana ia melibatkan soal kedaulatan dan keselamatan negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI