fbpx

Sumpah tidak ditunai akan dihukum – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir

PETALING JAYA – “Dalam mahkamah setiap saksi dikehendaki bersumpah,” kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata beliau, jika kemudian kenyataan yang dibuat tidak seperti sumpah dilafazkan, pihak yang bersumpah akan dihukum salah oleh hakim.

“Sesungguhnya masyarakat terima sumpah sebagai kebenaran perkara yang telah dilakukan atau akan dilakukan. Sumpah terhadap sesuatu boleh diterima sebagai benar.

“Sebab itu pihak melafazkan sumpah mesti tunaikan sumpahan telah dilafazkan. Jika tidak ditunai, maka pihak yang bersumpah akan dihukum dengan hukuman tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Dr. Mahathir berkata, dalam acara atau prosedur tertentu komitmen kepada sesuatu janji atau cadangan sumpah dilafaz.

Menurut beliau, kebiasaan di Malaysia sumpah menyebut nama Allah bermula dengan ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’.

Ujar beliau, bersumpah tidak boleh dipandang ringan dan tindakan undang-undang boleh diambil bagi sesiapa yang tidak endah sumpah.

“Bagi orang Islam jika sumpah tidak dijunjung, ia menjadi dosa besar.

“Islam memandang serius sumpah sehingga melarang bersumpah melainkan dengan niat yang benar untuk menunaikan janji dibuat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI