fbpx

Rasa saya seorang yang ‘clean’, mahu kekal begini – Tabby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tabby bersyukur dirinya bersih daripada sebarang gosip panas berbanding rakan-rakannya yang lain iaitu Sabronzo dan Angel. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan Dolla, Tabby bersyukur dirinya bersih daripada sebarang gosip panas berbanding rakan-rakannya yang lain iaitu Sabronzo dan Angel.

Menurut Tabby atau nama sebenarnya Tabhita Ariel Lam, 25, apa yang lebih penting baginya adalah cerita mengenai kerjaya seninya.

“Sejujurnya saya tak tahu nak komen jika ditanya kenapa saya tiada gosip panas. Saya rasa saya seorang yang ‘clean’ dan saya mahu terus kekal begini.

“Saya bersyukur dapat kekalkan reputasi tanpa sebarang gosip panas. Saya percaya untuk kekal sebegini juga perlukan ‘effort’.

“Saya bersimpati dengan rakan-rakan saya yang lain kerana apabila mereka terpalit dengan gosip, mereka perlu menjawab. Saya tahu mereka tertekan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu baharu Dolla, MWA! di sini, baru-baru ini.

Ditanya adakah dia sudah bersedia seandainya satu hari nanti dirinya turut terpalit dengan gosip panas, kata Tabby sebolehnya dia mahu elak.

“Kalau boleh saya tak mahu. Biarpun orang cakap tak kisah baik ke buruk sesuatu gosip itu adalah merupakan satu bentuk publisiti. Tetapi saya percaya hasil kerja juga mampu beri publisiti buat saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI