fbpx

6 geng skinhead belasah ‘lunyai’ vokalis kena kutip

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMPAT daripada enam lelaki yang memukul seorang vokalis Armpunk Sindicate di bawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk tahanan reman. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai enam individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul seorang vokalis kumpulan ‘skinhead’ di sebuah pusat beli belah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 28 hingga 40 tahun ditahan di beberapa lokasi berbeza di Bandar Dato Onn dan Larkin, di sini serta di Segamat.

Katanya, hasil siasatan mendapati punca pergaduhan berkaitan perselisihan faham lama antara suspek utama dengan mangsa semasa program muzik di Ampang pada tahun lalu.

“Kelmarin, polis telah membuat pertama dengan menahan tiga suspek berusia 34 hingga 36 tahun kira-kira pukul 11.30 malam di sekitar kawasan Johor Bahru dan Segamat. Kesemua warga tempatan yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau, hanya suspek pertama yang berusia 36 tahun didapati positif dadah jenis benzodiazepine,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Raub, ketiga-tiga suspek tersebut telah ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini.

Katanya, ekoran tangkapan pertama itu, polis telah berjaya membuat tangkapan susulan ke atas tiga lelaki tempatan berusia 28 hingga 40 tahun di sekitar kawasan Johor Bahru dan Segamat, semalam.

“Suspek berusia 40 tahun mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala hanya suspek berusia 28 tahun didapati positif dadah jenis ganja. Ketiga-tiga suspek telah dibenarkan ditahan reman selama empat hari bermula dari hari ini hingga Sabtu ini,” ujarnya.

Sabtu lalu, vokalis kumpulan Armpunk Sindicate dikenali sebagai Zed, 23, dibelasah beramai-ramai di hadapan tandas sebuah pusat beli belah sebelum diseret beberapa meter oleh kumpulan yang sama.

Kes disiasat di bawah seksyen disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan rangkaian media sosial) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI