fbpx

Regu negara ‘bedil’ Filipina, jumpa Brunei di suku akhir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEREJAM negara, Mohamad Azlan Alias (dua kanan) cuba menghalang bola dari libasan pemain Filipina bagi acara regu pada Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Skuad regu sepak takraw negara membuka kempen Piala Asia Kuala Lumpur 2025 dengan bergaya apabila melakar tiga kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan untuk mengesahkan slot ke suku akhir.

Dalam aksi terakhir Kumpulan D, skuad kendalian Ahmad Mohd Zin menurunkan trio emas mereka, Mohammad Syahir Mohd Rosdi selaku tekong, Mohamad Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (apit) dilihat tidak berdepan masalah untuk mengetepikan cabaran Filipina menerusi keputusan straight set  15-9, 15-6.

Aksi bertenaga dipamerkan Azlan nyata menjadi duri dalam daging buat lawan apabila libasan derasnya gagal disekat pertahanan Filipina yang diketuai Jason D. Huerte (apit), Rheyjey C. Ortouste (perejam) dan Ronsited C. Gabayeron (tekong) sekali gus menutup perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0.

SKUAD regu negara, meraikan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Filipina sekali gus mara ke pentas suku akhir Piala Asia 2025. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Kemenangan itu memastikan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas dengan kutipan enam mata selepas sebelum ini menundukkan Singapura dan Nepal masing-masing dengan kemenangan bersih 2-0.

Kini, regu negara tampil dengan keyakinan tinggi untuk menggalas cabaran di suku akhir malam ini apabila akan berdepan Brunei yang dibimbing bekas jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad pada pukul 9.30 di Stadium Titiwangsa malam ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI