fbpx

Penuntut UniSZA mati lemas di Lata Changkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat mengangkat mayat Ahmad Irfan yang lemas di Lata Changkah, Setiu hari ini.

SETIU – Keseronokan lapan penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah di sini sempena cuti umum Hari Wesak hari ini berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Kejadian pada kira-kira pukul 3 petang itu meragut nyawa Ahmad Irfan Wan Abdullah Thani, 24, manakala lima rakannya yang lain turut hampir lemas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Zuraidi Mohd Yusuf berkata, enam daripada lapan pelajar UniSZA terbabit termasuk Wan Ahmad Irfan dikatskan tiba-tiba dibawa arus deras sebelum lemas sewaktu sedang mandi di kawasan perkelahan terbabit.

“Lima daripada mangsa berjaya diselamatkan rakannya dan orang ramai yang turut mengunjungi Lata Changkah. Begitupun mangsa (Ahmad Irfan) gagal diselamatkan sebelum tenggelam ke dasar kawasan air terjun itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zuraidi berkata, pencarian anggota penyelam berjaya menemui mayat Ahmad Irfan di dasar air terjun itu sedalam 4.5 meter pada pukul 4.35 petang sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

“Lima rakan mangsa yang turut lemas turut dihantar ke unit kecemasan hospital sama untuk rawatan lanjut,”katanya. – KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI