fbpx

Malaysia jumpa Thailand di pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN negara, Noraizat Nordin melakukan rejaman tajam ketika menentang pasukan India pada peringkat separuh akhir Acara Beregu di Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. Foto: SYAKIR RADIN

Kuala Lumpur – Kemenangan ke atas India membuka ruang kepada skuad beregu sepak takraw negara untuk membawa misi membalas dendam menjelang pertembungan final Piala Asia Kuala Lumpur 2025 menentang seteru tradisi, Thailand, yang dijadual berlangsung malam ini di Stadium Titiwangsa.

Skuad negara mengesahkan kemaraan ke pentas final selepas menewaskan India 15-12, 15-12 dalam aksi separuh akhir hasil persembahan bertenaga barisan pemain yang diketuai Noraizat Nordin selaku perejam dan Aidil Aiman Azwawi di posisi pengumpan.

Set pertama memihak kepada skuad negara dengan kawalan permainan yang tersusun, manakala set kedua menyaksikan sedikit tekanan apabila gandingan India, Yumnam Akash dan Sorokhaibam Malemnganba Singh cuba mencari mata penyamaan.

Pengalaman Noraizat menjadi pemisah yang membawa kemenangan bergaya buat Malaysia sekali gus menempah tiket ke pentas final.

Jurulatih negara, Aswadi Abdullah menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti keazaman tinggi pemain dalam memenuhi sasaran utama pasukan melangkah ke pentas final.

“Alhamdulillah, kita berjaya melangkah ke final seperti dirancang. Sekarang tumpuan penuh diberikan kepada aksi final menentang Thailand untuk memastikan kita muncul juara.

“Sebenarnya, saya yakin pemain masih belum pamerkan prestasi sebenar. Diharapkan ia akan terserlah pada perlawanan terakhir nanti,” katanya selepas tamat perlawanan.

Thailand menepati ramalan apabila berjaya menempah slot ke pentas final selepas menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan sengit menerusi keputusan 17-16, 17-15.

Pertemuan akhir itu juga bakal menjadi medan terbaik buat skuad negara menebus kekalahan kepada pasukan Gajah Perang tersebut yang menundukkan Malaysia 0-2 ketika saingan peringkat kumpulan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI