PETALING JAYA – Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Zai mendakwa dia terjebak dalam aktiviti gay sejak diliwat oleh tukang kebun di sebuah sekolah pondok di Terengganu ketika berusia 13 tahun.
Dia yang kini berusia 24 tahun dan telah bekerja mendakwa, selain tukang kebun, dia turut menjadi mangsa liwat seorang ustaz di sekolah pondok yang sama.
“Masa tu saya duduk asrama. Tukang kebun ini layan saya dengan baik. Ajak saya bantu dia angkat-angkat barang. Suatu hari dia ajak saya keluar makan dan pulang ke rumah dia.
“Dia meraba saya dan kemudian meliwat saya. Saya mengadu kejadian itu kepada ustaz, tetapi ustaz itu pula menggoda dan meliwat saya,” katanya kepada Kosmo! di Klang, Selangor baru-baru ini.
Zai berkata, selepas itu dia terus menjalin hubungan songsang dengan ustaznya atas dasar suka sama suka selepas menjadi ketagih terhadap hubungan seks luar tabii.
Katanya, dia juga pernah diminta melakukan seks oral oleh dua rakan sekolah dan salah seorang mereka juga pernah meliwatnya.
Ujarnya, selepas tamat zaman persekolahan, dia menyambung pengajian di sebuah institusi kemahiran dan mula berkenalan dengan pasangan gay.
Katanya, dia turut menjalin hubungan sejenis dengan ramai lelaki berusia yang meminatinya hasil daripada perkenalan dalam aplikasi media sosial.
“Kami ada banyak grup WhatsApp. Ada pasangan saya berjawatan tinggi, pegawai, pensyarah dan berstatus Datuk.
“Ada kawan-kawan jadi ‘anak ikan’, dapat bayaran RM1,800 layan lelaki banyak duit. Saya tak suka sebab rasa macam pelacur. Saya hanya layan yang saya suka.
“Saya juga tidak suka lelaki yang berbau busuk dan menghisap rokok,” katanya.
Dia menyedari perbuatan itu dosa besar di sisi agama.
Bagaimanapun, katanya, kecenderungan naluri mahu melakukan seks dengan lelaki lain menyebabkan dia sukar untuk meninggalkan perbuatan mungkar tersebut.
“Sudah setahun tiada hubungan seks dengan lelaki, tetapi perasaan masih ada walau rasa berdosa dan bersalah. Bagi melupakan keinginan saya habiskan masa ride motosikal.
“Kemudian saya terbaca dan menonton video Haji Hushim (Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan) yang banyak membantu golongan gay.
“Saya menunggang motosikal dari Terengganu ke Selangor untuk meminta bantuannya. Saya nak berubah terutama selepas menyaksikan dunia dilanda wabak Covid-19,” katanya
















