fbpx

Pemuda lemas ketika memancing di Tasik Timah Tasoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH Muhammad Zamhareer dibawa naik oleh anggota penyelamat selepas ditemukan maut di Empangan Timah Tasoh di sini hari ini.

PADANG BESAR – Seorang pemuda maut selepas terjatuh ke dalam Tasik Timah Tasoh ketika melakukan aktiviti memancing bersama rakannya di sini pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Sarih Salleh berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Zamhareer Zulkifli, 25, seorang jurutera disahkan lemas selepas gagal diselamatkan rakannya dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi.

“Mangsa dan rakannya menaiki bot untuk memancing, namun bot mereka tersangkut di kawasan air cetek.

“Mereka cuba menolak bot ke kawasan lebih dalam, namun mangsa tidak sempat naik semula ke dalam bot lalu terjatuh dan terus tenggelam,” katanya pemberita di sini hari ini.

Tambah beliau, rakannya yang panik segera menghubungi abangnya untuk meminta bantuan sebelum panggilan kecemasan dibuat kepada pihak polis sekitar pukul 11.40 pagi.

Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat segera digerakkan melibatkan anggota bomba, penyelam, polis serta orang awam seramai lebih 50 orang.

“Mayat mangsa akhirnya ditemui pasukan penyelam bomba pada pukul 2.45 petang di lokasi dia dilaporkan tenggelam,” ujarnya.

Katanya, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Beliau turut menasihati orang awam agar sentiasa mengutamakan keselamatan, khususnya ketika berada di tasik atau kawasan air dengan memakai jaket keselamatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI