fbpx

Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi IWS, delegasi World Economic Council

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima kunjungan hormat IWS dan delegasi World Economic Council pagi tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengerusi International Economic Senate (Internationaler Wirtschaftssenat -IWS), Peter Nussbaum dan delegasi World Economic Council hari ini.

Anwar berkata, IWS ditubuhkan di Jerman bertujuan menyatukan pemimpin perniagaan, usahawan dan penggubal dasar dengan misi untuk memupuk pembangunan ekonomi mampan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

“World Economic Council Delegation adalah antara inisiatif utama IWS yang menghimpunkan pemimpin perniagaan kanan, pegawai kerajaan dan pakar dalam pelbagai bidang.

“Saya alu-alukan lawatan mereka ke Malaysia sebagai inisiatif berterusan menerokai peluang-peluang pengembangan pelaburan khususnya oleh syarikat-syarikat Jerman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam pertemuan itu, mereka bertukar pandangan berkaitan dasar-dasar dan kemudahan perniagaan oleh Kerajaan Madani yang boleh dimanfaatkan pelabur luar.

Kata beliau, Jerman adalah rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) sejak tahun 2000.

“Dalam konteks ini, Malaysia melihat peluang lebih besar selaras dengan pengumuman penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Kesatuan Eropah Malaysia (MEUFTA) pada 20 Januari lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI