fbpx

Perubahan cukai mampu selamatkan bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAB bola sepak di Liga M mampu menarik lebih banyak penaja sekiranya jumlah pengecualian cukai diberikan lebih tinggi.

EKONOMI berkaitan bola sepak di negara ini terlalu kecil hingga terpaksa berkongsi ‘talian hayat’ dengan sukan lain bagi mendapatkan tajaan untuk menampung perbelanjaan tahunan.

Realiti ini agak berbeza dengan negara jiran, Indonesia yang memiliki ekonomi lebih besar dan keadaan ini mengheret kebanyakan pasukan tempatan bergantung harap kepada syarikat sama

Mantan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj berkata, aspek pengecualian cukai kepada penaja juga wajar dilihat semula kerana ia diyakini mampu menarik minat syarikat untuk turut serta dalam bola sepak.

“Dari segi penajaan, balik-balik syarikat sama sebab ekonomi bola sepak kita agak kecil di mana (pasukan) terpaksa hantar kertas (kerja untuk dapatkan) penajaan pun kepada syarikat sama. Bukan saja bola sepak, badminton dan hoki pun penaja yang sama.

“(Pemilik kelab) buat apa pun pelaburan, tetapi kalau stadium tidak penuh atau makin berkurang, penaja pun akan tarik diri. Salah satu sebab Liga Jepun maju, akta sukan yang diluluskan menyaksikan bola sepak mendapat pelepasan cukai 100 peratus.

“Kalau syarikat di Malaysia, hanya dapat 10 atau 12 peratus, jadi itu belum cukup. GLC (syarikat berkaitan kerajaan) pun kita terhad, berapa pasukan saja yang boleh pergi kepada GLC,” katanya.

Dalam masa sama, Christopher tidak merasakan elemen publisiti menjadi permasalahan utama hingga menyebabkan kurangnya minat syarikat untuk tampil hulurkan tajaan.

“Bukan macam Indonesia yang ada banyak penaja, jumlah ekonomi (bola sepak) besar. Saya juga rasa dari segi promosi Liga Malaysia (Liga M) salah satu liga di Asia yang mendapat promosi yang bagus dari segi penyiaran, sosial media dan sebagainya.

“Tetapi, kalau seseorang atau sesebuah syarikat itu mahu melabur, kita kena tanya apakah ROI (pulangan) untuk mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI