fbpx

Robot humanoid serang pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robot meronta-ronta dengan mengangkat tangan ke atas dan hadapan. - X/Nexta TV

BEIJING – Sebuah robot dirakam menyerang pengendalinya di sebuah kilang di China dalam insiden yang mencetuskan kebimbangan ramai mengenai keganasan humanoid terhadap manusia, lapor portal berita MailOnline.

Dalam rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), robot humanoid itu dipasang pada kren mini ketika dua kakitangan sedang mengendalikannya.

Ia tiba-tiba meronta-ronta dengan mengangkat tangan ke atas dan hadapan, malah bergerak ke arah salah seorang kakitangan dalam posisi menyerang.

Sebuah komputer terjatuh di atas lantai akibat ditolak oleh robot itu, menyebabkan kedua-dua pekerja terpaksa mengelak dan berundur.

Humanoid itu akhirnya berjaya ditenangkan selepas salah seorang pekerja menarik kren yang dipasang padanya serta mematikan fungsinya.

Video itu mengundang perhatian ramai pengguna media sosial dan menerima pelbagai komen.

“Tidak sabar menanti perang robot dengan manusia,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI