fbpx

‘Mari sini kalau berani!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan mencabar Mohd. Sany menghampirinya jika berani semasa mereka bertengkar di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Parlimen bertengkar semasa perbahasan persidangan khas Parlimen berkenaan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di Dewan Rakyat hari ini.

Pertengkaran itu sehingga mengundang salah seorang daripada mereka mencabar: “Mari sini kalau berani!”

Cabaran itu dilontarkan oleh Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim (PN-Arau) kepada Mohd. Sany Hamzan (PH-Hulu Langat)

Ia selepas Mohd. Sany menggelar Shahidan sebagai Ahli Parlimen tua bangka yang tiada adab dan kurang ajar.

“Dia (Shahidan) sebut kandang. Dia tuju Hulu Langat. Kandang untuk binatang,” teriak Mohd. Sany.

Terdahulu, Shahidan menyifatkan Ahli Parlimen yang mengganggu perbahasannya umpama terlepas kandang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI