fbpx
PARA pelajar akan mempelajari antaranya tentang penyelenggaan tren.

K2

Inisiatif Prasarana lahir tenaga mahir rel, bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM usaha memperkukuh pembangunan modal insan tempatan, Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) menyasarkan melatih 1,000 individu dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkaitan rel serta bas.

Program yang dijangka bermula pada suku keempat tahun ini akan melibatkan latihan dalam bidang Operasi Bas Elektrik, Penyelenggaraan Tren (Rolling Stock) dan Keselamatan Siber, selari dengan Dasar TVET Negara 2030.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Mohd. Azharuddin Mat Sah berkata, menerusi program ini, peserta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf di peringkat kebangsaan, sekali gus membuka laluan kepada peluang kerjaya berpendapatan tinggi dalam industri rel.

Ujarnya, program itu terbuka kepada lepasan sekolah, pelajar institusi vokasional, pemegang diploma dan graduan universiti, di mana setiap peserta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf.

Jelasnya, bagi memperkukuh pelaksanaan program tersebut, Prasarana memeterai kerjasama strategik bersama Hitachi Rail, syarikat antarabangsa yang telah menjadi rakan industri utama dalam pembangunan sistem rel Malaysia sejak 1998.

MOHd. AZHARUDDIN (dua dari kanan) dan Ziad (dua dari kiri) pada majlis pertukaran perjanjian strategik antara Prasarana dan Hitachi di Menara Prasarana baru-baru ini.

“Kerjasama ini penting dalam membina bakat tempatan yang mampu bersaing di peringkat global dan menyokong pembangunan masa depan industri rel.

“Seramai 29 pelajar telah memulakan latihan industri selama sembilan bulan di bawah kendalian Hitachi Rail, sebagai kumpulan pertama yang terlibat dalam program ini.

“Latihan tersebut akan merangkumi gabungan aspek teori, praktikal dan pensijilan industri dalam bidang operasi elektrik, penyelenggaraan tren serta keselamatan siber,” katanya.

Mohd. Azharuddin berkata demikian ketika sidang akhbar Program TVET Prasarana di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Urusan Hitachi Rail bagi perniagaan Urban Rail Signalling, Ziad Rizk.

Tambahnya, kerjasama itu bukan hanya berkisar tentang operasi dan penyelenggaraan tren, tetapi juga pembinaan bakat tempatan untuk masa depan industri rel negara. 

“Dengan operasi membabitkan lima laluan Transit Aliran Massa (MRT) dan 1,000 bas, Prasarana sememangnya memerlukan bakat untuk memenuhi tuntutan operasi kami.

“Peserta akan melalui latihan antara sembilan hingga 12 bulan bagi meningkatkan kemahiran seterusnya menepati agenda kami untuk melahirkan generasi profesional rel tempatan yang memiliki kemahiran bertaraf dunia.

PARA pelatih daripada kumpulan pertama program itu mendengar penerangan daripada juruteknik. – SHIDDIEQIIN ZON

“Selari dengan agenda TVET negara, kita sedang membentuk generasi profesional rel tempatan yang memiliki kemahiran dan pengetahuan bertaraf dunia. 

“Ini sebagai langkah penting untuk meletakkan Malaysia sebagai hab kepakaran dan inovasi rel serantau,” katanya.

Ziad berkata, komitmen syarikatnya sentiasa menjadi keutamaan teratas dalam memperkukuh kerjasama strategik ini. 

Menurutnya, program itu sebagai langkah strategik dalam memperkukuh kepakaran tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan industri rel Malaysia.

“Selama 30 tahun, Hitachi Rail bersama Prasarana memperkenalkan teknologi terkini seperti sistem SelTrac dan Integrated Control Center (ICC). Kami komited untuk terus memacu inovasi dan pembangunan kemahiran di Malaysia.

“Kerjasama Prasarana-Hitachi Rail ini dijangka menyumbang secara signifikan kepada matlamat negara dalam pembangunan lestari, daya saing ekonomi dan kepimpinan serantau dalam penyelesaian rel pintar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN