fbpx
KEHILANGAN Perak FC pada kancah saingan Liga Malaysia musim depan pastinya dirasai ketika mereka memiliki sejarah dan penyokong yang cukup hebat.

Masih menanti tindakan FAM, MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TIRAI saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/24 akhirnya melabuhkan tirai hujung minggu lalu selepas selepas Johor Darul Ta’zim mengesahkan kejuaraan Piala Malaysia.

Skuad Harimau Selatan itu melalui satu lagi musim yang penuh menakjubkan apabila mengesahkan kejuaraan empat trofi untuk mengekalkan gelaran quadruple buat kali ketiga berturut-turut yang pastinya sukar untuk disaingi oleh mana-mana pasukan selepas ini.

Bagaimanapun, kejayaan JDT meletakkan kedudukan mereka di satu kelas yang berbeza dibayangi beberapa cerita yang tidak begitu enak untuk didengari khususnya buat para peminat bola sepak negara.

Selepas beberapa dekad memasuki era profesional, sebahagian besar pasukan ketika ini berdepan isu kewangan yang meruncing sehingga menyebabkan proses perkembangan bola sepak negara berdepan getir.

Ketika ramai yang semakin berpuas hati dengan prestasi pasukan kebangsaan, Harimau Malaya yang menunjukkan kemajuan positif, situasi Liga M dianggap tidak seiring apabila mengalami kemerosotan yang ketara termasuk kemungkinan bakal kehilangan beberapa pasukan yang bertanding untuk musim depan.

Selepas Kelantan dan Perlis yang hampir hilang dalam peta bola sepak negara, Perak FC menjadi pasukan pertama mengesahkan bahawa mereka tidak mampu lagi meneruskan saingan musim depan akibat ‘kantung’ yang sudah kering.

Selain itu, nasib Sri Pahang, Kedah Darul Aman FC dan Kelantan Darul Naim FC juga masih belum diketahui statusnya ketika ketiga-tiga pasukan juga dikhabarkan berdepan isu kewangan yang serius dan sedang mempertimbangkan untuk mengikuti jejak Perak FC.

Seandainya perkara itu benar-benar berlaku, sukar untuk membayangkan tahap kompetitif saingan domestik kita untuk musim depan, malah kemeriahannya juga pastinya suram apabila kesemua empat pasukan itu dianggap memiliki kekuatan penyokong berdasarkan andaian mereka mewakili negeri masing-masing.

Berdasarkan perkembangan semasa, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah tidak boleh menggunakan ‘ayat manis’ bahawa semuanya dalam keadaan terkawal.

Mereka tidak boleh ‘bercuti’ lama selepas kempen musim ini berakhir, sebaliknya perlu kembali ke ‘papan lukis’ untuk memikirkan solusi bagi menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.

Satu jalan keluar perlu dicari bagi memastikan pa­sukan-pasukan ini tidak ‘ditalkinkan’ biarpun terpaksa berdepan sejuta kepayahan demi perkembangan bola sepak negara.

Alangkah malangnya ketika kita sedang hangat melakukan revolusi pasukan kebangsaan demi memburu pencapaian yang lebih membanggakan di peringkat tertinggi, tetapi membiarkan liga kita berkubur.

Proses ‘konservasi’ perlu digerakkan oleh kepimpinan baharu FAM dan MFL yang sudah tentunya tidak perlu dipertikai kearifan mereka dalam bola sepak tempatan dan pastinya ramai pihak yang sedang menunggu pengumunan dan pelan menyelamat yang mampu dilakukan bagi mengelak Liga M terus ‘lemas’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN