fbpx

Lelaki lembam direman bunuh peminta sedekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa yang berada dalam trak polis di lokasi kejadian. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam direman selama tujuh hari selepas disyaki membunuh peminta sedekah di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, perintah reman ke atas suspek berusia 28 tahun dikeluarkan Majistret Nur Azureen Zainalkefli di Hospital Shah Alam (HSA) di sini.

Katanya, permohonan reman dibuat di hospital berikutan suspek dimasukkan ke wad pemerhatian kerana sawan.

“Semakan mendapati suspek memiliki kad OKU lembam. Kes bunuh itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mendapati kematian mangsa berusia 40 tahun disebabkan luka tikaman di dada.

Semakan mendapati mangsa sudah berkahwin dan isterinya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Mangsa tidak memiliki kad OKU, namun dikatakan cedera di kaki kanan akibat kemalangan jalan raya tiga tahun lepas.

“Ekoran kemalangan itu, mangsa terpaksa dipasang peralatan perubatan ortopedik iaitu ilizarov (besi) di kakinya,” katanya.

Kosmo! Online semalam melaporkan berebut tempat meminta sedekah menjadi motif seorang lelaki mati ditikam di hadapan sebuah bank di Seksyen 18.

Mangsa peminta sedekah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat ditikam secara bertubi-tubi di dada dengan menggunakan pisau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI