fbpx

Ketua editor, ketua penyunting Sin Chew Daily ditahan ikut undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi Jalur Gemilang dalam bentuk tidak lengkap pada muka hadapan akhbar bertarikh 15 April.

JOHOR BAHRU – Tindakan penahanan Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily bagi membantu siasatan berhubung isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap di muka hadapan akhbar itu, tidak melanggar undang-undang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai kuasa bagi menjalankan siasatan berhubung isu yang mencetuskan kemarahan umum.

Beliau berkata, siasatan terhadap isu ini dijalankan dari tiga sudut berbeza yang melibatkan PDRM, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Katanya, kesalahan pertama dikesan melalui edisi cetakan Sin Chew yang mana siasatan awal dilakukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 oleh KDN.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta beberapa akta lain yang terletak di bawah bidang kuasa PDRM.

“Justeru, sebarang penahanan bagi membantu siasatan adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), Balai Raya Taman Desa Skudai, Taman Sri Skudai, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI