Kami sekeluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga serta anak-anak yang disayangi di Semenyih dan Puchong, Selangor serta di Sungai Petani, Kedah.
Daripada: Nurazmahwati Abiza dan Mohamad Faiz
Lokasi: Sydney, Australia
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua terutama untuk keluarga yang berada di Dengkil, Selangor.
Buat ibu, Rusmaria Idrus, adik- beradik dan semua kenalan yang mengenali diri ini.
Semoga lebaran kali ni dapat mencipta banyak kenangan sebelum semuanya hanya tinggal kenangan.
Daripada: Puty Nurliyana Amira
Lokasi: Seoul, Korea Selatan
SELAMAT Hari Raya Aidilfitri buat keluarga di Kinarut, Papar, Sabah. Semoga lebaran tahun ni disambut meriah terutama buat ibu, Jamneh Dalusin. Buat adik-beradik terima kasih kerana menjaga ibu kita dan buat anak-anak buah membesarlah dengan menjadi insan berguna dan semoga berjaya dunia akhirat.
Buat ‘crush’ yang berada di Kudat semoga semakin cantik dan sihat bersama keluarga.
Daripada: Raffael Raffey
Lokasi: Seoul, Korea Selatan
MESKIPUN jauh dari keluarga dan rakan-rakan, hati ini tetap merindui kalian.
Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan kesejahteraan. Moga Allah sentiasa merahmati kita semua. Maaf zahir dan batin.
Daripada: Fawzan Azmie
Lokasi: Beijing, China















