fbpx
Lokasi penemuan mayat mangsa yang dipercayai dibunuh di Kuantan kelmarin.

Bunuh peniaga COD: Kepala mangsa dipukul, mayat di­letak di tepi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang peniaga wanita yang dibunuh kejam di tepi Sungai Kuantan di sini kelmarin dipercayai terpaksa melalui azab kesakitan selepas kepalanya dipukul dengan objek keras.

Mayat mangsa, Norshamira Zainal, 37, kemudian diletakkan di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur sebelum dijumpai orang ramai.

Mayat peniaga makanan itu dijumpai selepas 17 jam dilaporkan hilang.

Wanita itu dilaporkan hilang pada pukul 7,30 malam Rabu lalu ketika keluar rumah untuk menghantar sambal ikan bilis garing kepada pelanggan yang juga suspek kes tersebut.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihak­nya bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat tersebut.

Katanya, pemeriksaan me­nemui kesan jenayah pada tubuh badan di mati.

“Saksi mengatakan mangsa datang ke kawasan kejadian untuk menjalankan urus niaga COD (cash on delivery) pada pukul 7.30 malam kelmarin (Khamis).

“Kita sudah mengenal pasti suspek lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Mereka tiada hubungan, cuma mangsa ada membuat pertemuan dengan suspek yang memesan barangan jualan ­mangsa,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN