fbpx
Tangkap layar seorang lelaki ‘menunggang’ seekor babi dalam banjir di Jakarta Barat. - Instagram

Lelaki ‘tunggang’ babi dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menjadi perhatian ramai apabila dilihat seolah-olah menunggang seekor babi ketika banjir, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Rumah Pemotongan Haiwan Babi (RPHB) di Kapuk, Jakarta Barat.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @warga.jakbar memaparkan lelaki bernama Saiful Basri itu memegang telinga seekor babi yang hampir tenggelam di dalam air. 

Perbuatan tersebut menampakkan dia seolah-olah sedang menunggang haiwan itu. 

Menurut Saiful, dia bukan menunggang sebaliknya memindahkan haiwan tersebut ke kandang yang lebih tinggi. 

“Kawasan ini dilanda banjir dan banyak babi berada di tingkat bawah. Kalau tidak diselamatkan, ia akan mati. 

“Dalam rakaman itu, kaki saya memijak tanah.  Berat badan saya juga tidak membebankan babi tersebut,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN