fbpx
Syed Muhamad menunjukkan keadaan hakisan tanah yang berlaku di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pulau Pisang, Kota Bharu semalam.

‘Nak tidur lena pun susah…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 250 keluarga yang tinggal berhampiran Sungai Kelantan dekat Kampung Pisang di sini hidup dalam keresahan selepas berlaku hakisan tanah di kawasan kampung mereka sejak banjir gelombang pertama lebih dua minggu lalu.

Setakat ini, sebuah keluarga yang tinggal di pinggir Sungai Kelantan sudah berpindah ekoran bahagian belakang rumahnya sudah condong akibat mendapan dan hakisan tanah.

Seorang penduduk kampung, Syed Muhamad Syed Jamaludin, 62, berkata, kejadian hakisan tanah semakin serius selepas banjir gelombang pertama yang melanda negeri ini pada hujung bulan lalu.

Menurutnya, penduduk ketika ini sentiasa berwaspada kerana bimbang hakisan tanah itu merebak ke jalan utama.

“Arus Sungai Kelantan sa­ngat deras semasa banjir gelombang pertama baru-baru ini. Keadaan itu menyebabkan hakisan tanah berlaku dengan cepat di kawasan yang berada di tebing sungai.

“Hakisan tanah juga sema­kin hari semakin merebak. Saya bimbang jalan utama yang terletak kira-kira 10 meter dari tebing turut terjejas,” katanya ketika ditemui di Kampung Pulau Pisang di sini semalam.

Seorang lagi penduduk, Hanafi Mamat, 66, berkata, dia bersama tujuh orang ahli keluarga termasuk cucu tidak dapat tidur lena memikirkan masalah hakisan tanah yang berlaku berhampiran rumahnya.

Katanya, justeru, dia berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan hakisan semakin merebak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN