fbpx
Kita perlu menjaga diri supaya kehidupan lebih teratur dan bahagia dengan cara sendiri. - Gambar hiasan

Kerja berjam-jam tetapi tidak gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kurang dua bulan lagi, kita bakal memasuki tahun 2025. Jika tahun baharu merupakan masa kita menanam azam dan impian, penghujung tahun pula kita menilai kembali perjalanan kita dalam mencapai matlamat hidup.

Penulis pasti aspek penjagaan kesihatan diri menjadi antara azam di carta teratas, memandangkan tubuh badan yang sihat itu mahal harganya.

Penjagaan kesihatan diri perlu dibuat secara holistik, melibatkan fizikal dan mental.

Penjagaan kesihatan merupakan satu proses berterusan dan panjang. Justeru, andai merasa diri tersasar atau belum berada di tahap yang diinginkan, masih ada masa untuk kembali.

Pakar Pemakanan Bertauliah LAC Malaysia, Cynthia Jetan berkata, langkah pertama mengenal pasti apa yang perlu diperbaiki, apa yang berkesan dan apa perlu dikekalkan.

“Penting untuk anda ketahui bahawa bukan satu aspek sahaja yang perlu difokuskan.

“Badan anda berfungsi sebagai sistem yang kompleks, dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti kecergasan fizikal, daya tahan mental dan pengambilan nutrisi.

“Setiap aspek ini menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan tubuh. Justeru, perlu kita faham keterhubungan kesemua aspek ini dalam menjalani satu kehidupan yang bahagia,” katanya.

Tambah Jetan, sebagai manusia, kita lupa untuk berhenti sejenak bagi memeriksa kesejahteraan emosi diri oleh kerana terlalu sibuk dengan hal-hal lain.

Ujarnya, kesihatan emosi boleh menyebabkan stres, keletihan, dan rasa tidak puas hati secara berterusan.

Justeru, sekiranya terasa emosi tidak stabil akibat masalah keletihan, pastikan anda berhenti sekejap untuk berehat.

“Sama ada pergi bercuti atau melakukan perkara yang anda suka, sentiasa cari masa untuk diri sendiri.

“Langkah ini penting bagi mengutamakan kesihatan mental yang menjadi kunci untuk kekal bahagia,” katanya.

Bagi aspek fizikal pula, nilaikan tabiat senaman anda anda secara keseluruhan. Adakah anda kekal aktif atau mula kurang bergerak?

Jika punca kurang bergerak adalah kerana bosan dengan senaman, perbaharui rutin senaman atau cari rakan baharu sebagai sumber motivasi tambahan.

Selain senaman, terdapat komponen lain yang menyumbang kepada kesejahteraan fizikal seperti tidur yang berkualiti bagi meningkatkan tenaga, memperbaiki mood dan menambah produktiviti.

Makanan yang berkhasiat penting, namun satu lagi jenis makanan yang juga penting untuk tubuh adalah makanan yang membuat anda rasa lebih baik secara fizikal dan mental.

“Beri kebenaran pada diri untuk makan makanan yang membuat anda rasa baik secara fizikal dan mental, dalam kuantiti yang sederhana.

“Makanan bukan sahaja menyediakan tenaga dan nutrien untuk badan tetapi juga menyihatkan jiwa kita dan meningkatkan kesejahteraan emosi,” jelas Jetan.

Satu lagi perkara penting untuk direnung kembali bagi pemeriksaan penghujung tahun ini adalah kepuasan kerjaya anda.

Menghabiskan masa berjam-jam dalam pekerjaan yang tidak membawa kegembiraan akan memberi kesan serius pada kesejahteraan diri, sekali gus menyebabkan keletihan dan rasa tidak gembira.

Akhir sekali, tanya pada diri sendiri – Adakah anda merasa puas dalam kerja, atau anda merasa tertekan dan keletihan? Jika jawapannya yang kedua, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat perubahan bagi mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan yang sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN