fbpx
Ramai ibu bapa memandang ringan isu anak-anak tidak hadir bersekolah dengan alasan urusan keluarga. - Gambar hiasan

Antara ‘urusan keluarga’ dan bantuan RM150

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minggu depan akan ada lagi cuti persekolahan sempena Hari Deepavali bermula Rabu hingga hujung minggu Sabtu dan Ahad.

Sudah pasti ada bermula Isnin atau Selasa akan ada dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa, guru, anak-anak yang ‘dicutikan awal’ dan diletakkan alasan ‘urusan keluarga’.

Itu adalah senario biasa yang boleh dilihat dalam kumpulan WhatsApp kelas ibu bapa bersama guru, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan tanpa rasa bersalah memberi alasan sebegitu.

Paling teruk pernah berlaku alasan ‘dicutikan, balik kampung’ dan ‘jaga adik sakit’ , wah berani betul ibu bapa selepas Covid-19 ini mungkin kesan vaksin dua dos berkenaan.

Baru-baru ini, ada seorang guru kelas memberitahu alasan ‘urusan keluarga’ sudah tidak boleh diterima tanpa alasan sokongan lain.

Jika masih ada urusan keluarga tanpa alasan lain akan dianggap mereka ponteng sekolah.

Namun, perkara itu tidak sedikit pun diambil kisah oleh ibu bapa dan alasan urusan keluarga tetap menjadi pilihan anak-anak tidak hadir ke sekolah.

Ada yang kata keadaan itu berlaku kerana tiada lagi peperiksaan penting murid-murid sekolah rendah dan menengah rendah yang hendak ‘dikejarkan’.

Jadinya, jika ibu bapa mahu balik ke kampung atau bercuti di luar waktu cuti persekolahan perkara itu ‘dibenarkan’ kerana tiada apa yang perlu dikejarkan di sekolah.

Tetapi apabila anak-anak tidak dapat menguasai 3M (membaca, menulis, mengira) dan mendapat keputusan ujian Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah TP3 ramai pula yang bising.

Entah lah tidak pasti mana satu yang salah, pandemik Covid-19 ke? Silibus baharu ke atau pemansuhan peperiksaan utama.

Perkara yang diceritakan tadi menjadi duri dalam daging dalam kumpulan WhatsApp dan seolah-olah semakin menjadi-jadi dan ibu bapa juga sekarang terlalu berterus terang.

Apa-apa pun yang berlaku, esok pembentangan Belanjawan 2025 sebagai ibu bapa ramai mahukan peruntukan bantuan persekolahan RM150 yang diberikan sebelum ini dapat diteruskan.

Bagi golongan M40 itu sahajalah keistimewaan yang dapat dirasakan oleh semua golongan tanpa syarat yang telah diperkenalkan sebelum Kerajaan Madani.

Walaupun RM150 bagi seorang anak, itu adalah perkara yang melegakan apabila baju dan kasut sudah boleh diselesaikan dengan bantuan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN