fbpx

Bersaiz kecil tapi paling bising di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Udang pistol sering ditemui di persekitaran marin dan terumbu karang. - Getty Images

LONDON – Satu spesies udang dikenal pasti sebagai antara haiwan paling bising di dunia meskipun hanya berukuran 5.08 sentimeter panjang, lapor akhbar Daily Express. 

Udang pistol atau turut dikenali sebagai udang jentik mampu menghasilkan bunyi yang lebih kuat daripada enjin jet sehingga boleh mencapai 218 desibel.

Penyepit haiwan itu boleh mengeluarkan buih-buih yang mana apabila ia pecah, ia menghasilkan bunyi sehingga 218 desibel.

Bunyi itu mampu mengejutkan atau membunuh hidupan yang lebih kecil di dalam lautan. 

Haiwan tersebut juga menggunakan bunyi itu untuk memburu dan mempertahankan diri daripada pemangsa, selain berkomunikasi dengan udang lain. 

Udang pistol sering ditemui di pelbagai persekitaran marin di seluruh dunia, terutamanya di kawasan terumbu karang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI