fbpx
Kepincangan dalam GISBH terbongkar selepas polis menyerbu beberapa premis yang dikaitkan dengan syarikat itu baru-baru ini.

Pengikut GISBH nikah guna wirid perlu serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengikut GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang bernikah menggunakan ‘satu pusingan Aurad Muhammadiah’ sebagai mas kahwin perlu menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah bagi menentukan status mereka.

Peguam Sivil dan Syariah, Muhammad Hariz Md. Yusoff berkata, pengikut yang dikaitkan dengan Al-Arqam itu dinasihatkan membuat permohonan pengesahan kerana menyentuh soal hubungan, waris dan nasab.

Katanya, ia penting kerana mas kahwin yang digunakan te­lah difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama sama ada pe­ringkat negeri atau kebangsaan.

“Perkahwinan boleh difaraqkan (dipisahkan) kerana rukun nikah tidak sempurna mengikut hukum syarak. Kesannya, pasangan tersebut umpama belum lagi bernikah.

“Faraq bermaksud Mahkamah Syariah akan mengesahkan pernikahan mereka tidak sah dan tidak diakui. Maka hubungan atas tanggapan telah sah mengikut nikah tersebut sebenarnya terbatal,” katanya.

Menurut Muhammad Hariz, pasangan itu haram untuk bersekedudukan jika pernikahan itu tidak sah.

Tambahnya, pernikahan menggunakan mas kahwin satu pusi­ngan Aurad Muhammadiah adalah diragui dari sudut pematuhan prosedur pernikahan yang telah digariskan oleh undang-undang keluarga Islam negeri-negeri.

“Akad nikah tersebut diragui kerana rukun nikah yang berlaku dalam akad nikah tersebut iaitu suami, Isteri, wali, ijab dan qabul serta dua saksi adalah dipersoalkan,” katanya.

Ujar Muhammad Hariz, perkahwinan menggunakan aurad itu dipercayai tidak dilakukan di hadapan pendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk negeri.

“Sekiranya akad nikah tersebut dilakukan di hadapan mereka, sudah tentu pihak pendaftar akan menegah untuk meletak mas kahwin sedemikian dan digantikan dengan mas kahwin mengikut mahar mithli,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN