ELEGAN dan mewah menterjemahkan penampilan model E-Class serba baharu (W214) yang dilancarkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Malaysia untuk pasaran tempatan baru-baru ini. Sedan mewah generasi keenam itu ditawarkan dalam dua varian iaitu E350e AMG Line dan E200 Avantgarde. E350e AMG Line merupakan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), manakala E200 Avantgarde dipasang dengan sistem ‘mild hybrid’. Direka untuk pemanduan canggih, kedua-dua jentera itu dilengkapi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadikan setiap interaksinya intuitif dan lancar serta berkebolehan membuat ketersambungan 5G serta perstriman……