fbpx

2,068 kes positif, tiga kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jumlah kes jangkitan Covid-19 negara kini mencecah 115,078 selepas 2,068 kes baharu dilaporkan dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu sebanyak 776 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 425 kes daripada kluster dan saringan yang aktif dijalankan di lapangan dan diikuti oleh Kuala Lumpur (457) dan Sabah (254).

“Pada masa sama, angka jangkitan turut dilaporkan daripada tiga kluster baharu iaitu Kluster Rawa Akasia di Pulau Pinang, Kluster Jalan Perindustrian di Johor dan Kluster Rantau Semarak di Pahang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan warganegara berusia antara 58 hingga 94 tahun sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 474

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 2,230 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 91,171 setakat hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN