fbpx
Kuala Lumpur melalui pembangunan pesat sejak merdeka.

Masihkah kita perlu visi wawasan sekali lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI yang lahir sekitar tahun 90-an dan sebelumnya, seruan ‘Wawasan 2020’ pernah menjadi penanda aras kepada harapan dan keinginan rakyat Malaysia untuk melihat negara maju dan moden.

Rata-rata membayangkan Malaysia bakal membangun dengan teknologi masa hadapan serta kereta terbang memenuhi ruang angkasa.

Namun begitu, saat tiba tahun 2020, tidak ada perubahan ketara yang berlaku selain peralihan teknologi maklumat dan pertambahan bangunan pencakar langit.

Ironinya, bukan faktor fizikal sahaja yang menjadi ukuran, namun semangat menuju visi tersebut juga menjadi salah satu aspek yang diterapkan kepada rakyat pada ketika itu.

Tambahan pula, semangat itu juga selari dengan penerapan jiwa patriotisme dalam diri masyarakat yang mengutamakan semangat cintakan negara, jati diri dan akhlak yang menjadi dorongan dalam pembentukan tamadun.

Ia bukan sahaja mempunyai nilai tinggi, tetapi juga mampu menguasai ilmu sains dan matematik selari dengan arus kemodenan dan teknologi.

Namun begitu, Wawasan 2020 yang menjadi penanda aras kemajuan dan pembangunan negara yang digagaskan pada tahun 1990 juga menyaksikan bagaimana ia dirancang dalam tempoh masa lebih 20 tahun tetapi tidak berjaya dicapai keseluruhannya.

Persoalan juga ditimbulkan dalam satu artikel yang ditulis oleh para pensyarah dari Universiti Malaya, Dr. Maria Mohd Ismail, Dr. Norli Anida Abdullah dan Dr. Adilah Abdul Ghapor bahawa apakah Malaysia sekali lagi memerlukan visi 100 tahun?

Perbincangan ini diwujudkan hasil ungkapan pakar Perlembagaan, Prof. Madya Datuk Dr. Shamrahayu A. Aziz apabila beliau mencadangkan pembentukan gagasan ‘100 Tahun Malaysia Merdeka’ dalam menangani cabaran masa depan dan kini.

Shamrahayu turut menzahirkan bahawa 100 tahun merupakan kayu ukur kepada kedudukan bangsa dan tercapai atau sebaliknya sebuah peradaban.

“Beliau menekankan kepentingan identiti negara dan bangsa dalam pembinaan sesebuah masyarakat.

“Bagi mendukung kefahaman ini, sejarah bangsa dan agama dalam silibus pendidikan harus diselarikan di pelbagai peringkat pendidikan,” katanya.

Tambah beliau, kita perlu menjadikan cara hidup bangsa dan agama sebagai budaya hidup bernegara.

Konsep Madani yang jelas dalam pembentukan akhlak dan jati diri bangsa dan negara menjadi tonggak kepada kemajuan dan pembangunan Malaysia secara dasarnya.

Keperluan dan kepentingan perancangan teliti dan berpaksikan akar umbi segenap lapisan masyarakat secara inklusif sama ada di bandar mahupun di desa ternyata memerlukan jangka panjang.

Ulas mereka bertiga lagi, pendidikan adalah satu pelaburan yang tidak ternilai dalam pembentukan pembangunan sebuah negara.

Menerusi Dasar Pendidikan yang jelas, nilai dan moral dapat disemai dalam kalangan pelajar seawal peringkat pra sekolah.

Selari dengan visi 100 tahun dan konsep Madani yang menitikberatkan soal nilai, akhlak dan jati diri maka wajar untuk kerajaan mengambil langkah tuntas dalam mentransformasi Dasar Pendidikan Negara sedia ada agar generasi kini dipupuk dengan nilai dan moral tinggi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN