fbpx
LIVERPOOL mencatat dua keputusan seri berturut-turut selepas terikat tanpa jaringan menentang Newcastle awal pagi semalam. – AFP

Klopp enggan fikir kedudukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Pengurus Liver­pool, Jurgen Klopp menegaskan beliau langsung tidak berfikir mengenai kedudukan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas seri tanpa jaringan menentang Newcastle United di Stadium St. James Park awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool mencatat dua keputusan seri berturut-turut, sekali gus membolehkan pasukan tangga kedua, Manchester United merapatkan kedudukan.

Bagaimanapun, bekas jurulatih Borussia Dortmund itu berkata, beliau langsung tidak bimbang dengan kemungkinan dipintas pasukan lain, namun tetap gembira apabila masih menerajui saingan liga.

“Kedudukan liga adalah perkara terakhir yang akan saya fikirkan ketika ini. Saya gembira dengan kedudukan sekarang tetapi ia langsung tidak memberi sebarang makna.

“Semua orang akui saingan musim ini sangat sukar. Saya tahu pasukan-pasukan lain menang, tetapi kami tidak cepat melatah kerana Liverpool akan bangkit selepas ini,” kata Klopp.

Mengulas aksi keseluruhan yang ditampilkan Liverpool, jurulatih terbaik dunia 2020 itu me­ngakui pemain-pemainnya gagal memanfaatkan peluang-peluang terhidang.

“Banyak perkara positif dapat dilihat meskipun agak kecewa kerana gagal dapatkan tiga mata. Kami cipta banyak peluang keemasan, namun gagal di­sempurnakan barisan serangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN