fbpx
GAMBAR fail Surina dan dua anaknya ketika ditemui di kediamannya di Sepang pada 19 Ogos 2023. Gambar kecil Sharipu­d­din.

‘Abah ada di syurgakan, boleh jumpa lagi tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Hari ini genap setahun tragedi nahas membabitkan sebuah pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang me­ngorbankan 10 nyawa di Persia­ran Elmina, Shah Alam.

Tragedi yang merupakan detik hitam dalam dunia penerba­ngan itu masih terpahat dalam ingatan keluarga mangsa serta seluruh rakyat Malaysia.

Balu Allahyarham Shari­pu­d­din Shaari yang merupakan ­pemandu e-hailing, Suriana Muda, 45, berkata, kejadian ber­kenaan meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya dan dua anak mereka masing-masing berusia 10 dan 17 tahun.

Ujarnya, anak bongsunya, Nur Izzara Arissya adalah yang paling terkesan dan acapkali bertanya mengenai bapanya yang telah pergi setahun yang lalu.

“Kadang-kadang adik ber­tanya abah ada di syurgakan, nanti boleh jumpa abah lagi tak?’ Apa yang saya boleh katakan pada anak-anak adalah kita kena belajar terima kenyataan yang abah sudah tiada,” katanya baru-baru ini.

Kata Suriana, pada awal kejadian yang meragut nyawa suami­nya, emosi anak sulungnya, Muhammad Sharul Izuan sedikit terganggu, namun kini lebih baik berbanding dahulu.

“(Sekarang) apabila dia (abang) rindu (abah) dia akan ke kubur untuk menziarahi arwah, sekarang alhamdulillah dapat terima kenyataan sebab saya ­selalu cakap apa yang jadi adalah asbab kematian abah.

“Dalam masa sama, saya juga turut mengingatkan diri untuk terima kenyataan dan reda ketentuan Allah SWT,” ujarnya dalam keadaan hiba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN