fbpx
ZAFLEE (gambar kecil) menawarkan khidmat guaman secara pro Bono kepada keluarga remaja menyamar doktor baru-baru ini.

‘Saya akan bantu remaja menyamar doktor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – “Dia belum matang, masih muda dan tidak tahu implikasi perbuatannya. Saya akan bantunya dan tawarkan khidmat pro Bono,”.

Itu janji peguam Zaflee Pakwanteh kepada keluarga remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan polis minggu lalu kerana menyamar sebagai doktor.

Zaflee memaklumkan, beliau terpanggil untuk mewakili kes itu kerana keluarga suspek bukan dalam kalangan orang senang selain memikirkan masa depan remaja itu sendiri.

“Saya dimaklumkan, remaja itu daripada keluarga yang susah dan memang tidak mampu dapatkan khidmat peguam. Jadi, saya akan bantu secara khidmat pro bono.

“Saya sudah dapatkan kebenaran ibu remaja itu. Dia (ibu remaja itu) pada mulanya segan, namun selepas diberi penjelasan, dia setuju.

“Kalau bangsa Melayu sendiri tak nak tolong bangsa sendiri, siapa lagi nak tolong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pro bono merujuk kepada penyediaan perkhidmatan undang-undang atau profesional tanpa mengenakan bayaran atau dengan bayaran yang sangat rendah.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, remaja perem­puan itu pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital pada Mac lalu.

Menurutnya, remaja itu juga didapati tidak mendapatkan rawatan selanjutnya, seterusnya menyebabkan fikiran dan emosi terganggu.

Beliau berkata, perkara itu di­sahkan keluarga remaja itu ketika soal siasat baru-baru ini.

“Kita akan dapatkan laporan penuh (rekod rawatan psikiatri) itu daripada pihak hospital. Kami juga difahamkan, remaja itu juga sudah meninggalkan alam persekolahan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, remaja itu akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi sesi kaunseling sebelum kertas siasatan diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Hussein berkata, siasatan juga mendapati, remaja itu keluar masuk ke kawasan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang dalam tempoh masa seminggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN