fbpx
MQA merupakan badan yang mengawal selia kualiti program akademik bagi IPT di dalam negara,

Sukar bendung jualan sijil palsu internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) mengakui pihaknya sukar membendung segala maklumat yang terdapat di dalam media sosial termasuk tawaran sijil akademik palsu.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, walau bagaimanpun semakan berhubung dokumen itu boleh dibuat melalui MQA, Jabatan Pendidikan Tinggi dan institusi pendidikan tinggi (IPT) yang terlibat.

“Dalam dunia digital sekarang sukar untuk kita membendung semua maklumat yang datang terutama daripada media sosial, namun semakan boleh dibuat sama ada melalui MQA, JPT atau IPT,” katanya.

Beliau menasihatkan masya­rakat agar tidak mudah terpe­ngaruh dengan iklan atau tawa­ran sijil akademik palsu yang kembali berleluasa di media sosial.

Jelasnya, kegiatan tersebut adalah salah di sisi undang-undang dan akan mendatangkan risiko kepada penjual, pembeli dan majikan yang mengambil pemegang sijil kelayakan palsu berkenaan.

MQA merupakan badan yang bertanggungjawab mengawal selia kualiti program akademik bagi IPT tempatan.

Bagi lulusan luar negara, MQA mempunyai jaringan badan akreditasi antarabangsa yang boleh menyemak kesahihan sijil berkenaan.

“Semakan ini penting terutama bagi majikan yang mahu mendapatkan pengesahan kela­yakan calon yang memohon kerja di syarikat masing-masing.

“Penggunaan sijil palsu ini merugikan pekerja sendiri kerana ia satu penipuan,” katanya.

Mohammad Shatar berkata, secara umumnya penjualan sijil palsu peringkat pendidikan tinggi sudah berlaku sejak 1980-an lagi di Amerika Syarikat.

Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada MQA terlebih dahulu supaya tidak terje­rat dengan helah sindiket sijil palsu.

Semakan boleh dibuat de­ngan merujuk ke Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) menerusi pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/.

Bagi peringkat ijazah kedoktoran/ijazah kehormat, semakan boleh dibuat menerusi portal Jabatan Pendidikan Tinggi di pautan https://dohe.mohe.gov.my/award/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN