Ada individu yang sanggup berhabis wang demi hobi mahal seperti membeli basikal dan alat pancing.

Bercerai kerana suami gila mancing, basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ada segelintir individu sanggup berhabis demi hobi berbanding untuk perkara keperluan sehingga menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut setiap bulan.

Lebih parah, ada yang meng­akui hubungan suami isteri berantakan sehingga nafkah dan keperluan anak-anak terabai kerana hobi mahal tersebut.

Golongan itu juga sanggup membuat pinjaman asalkan mereka mendapat kepuasan daripada hobi tersebut.

Kakitangan swasta dikenali sebagai Fad, 45, berkata, pendapatannya sebanyak RM5,000 sebulan pernah berbaki puluhan ringgit dalam dua minggu gara-gara hobi modifikasi kereta.

“Setiap bulan lebih separuh gaji diperuntukkan untuk kereta. Saya membeli kereta Honda Civic model FD dan menukarkannya kepada Civic Type R.

“Hampir tiga tahun wang gaji digunakan untuk merealisasikan impian tersebut bermula dengan membeli enjin, papan pemuka, kerusi jenis Recaro, brek jenis Brembo dan ‘sport’ dan aksesori tulen Civic Type R,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut bapa empat anak itu, secara keseluruhan dia berhabis lebih RM80,000.

“Saya pernah ikat perut bawa bekal nasi dan telur mata ke tempat kerja. Anak-anak juga menerima tempias bawa bekal ke sekolah. Memang rasa bersalah kepada mereka sebab ketika itu saya hanya mengikut nafsu sendiri,” katanya.

Sementara itu, ibu tunggal dikenali sebagai Mai, 40-an, pula berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya pada 2019 gara-gara tidak tahan dengan sikap lelaki tersebut yang sanggup berhabis demi hobi memancing dan menunggang basikal.

“Apabila menerima gaji dia akan mengutamakan hobinya dengan membeli aksesori memancing. Dia juga membeli basikal mahal sedangkan bil utiliti, barang dapur dan keperluan anak-anak saya yang tanggung.

“Apabila saya tegur dia akan marah dan pernah beberapa kali ‘naik tangan’. Akibat tidak tahan, saya ambil keputusan berpisah,” ujarnya.

Tambah Mai, bekas suami­nya tidak menyediakan kemudahan yang selesa buatnya dan anak-anaknya sebaliknya mereka tidur beralaskan tilam tanpa katil selama 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Bagi pereka grafik, Zack, 31, dia pernah terperangkap dengan beban hutang dua kad kredit gara-gara tidak mahu ketinggalan memiliki telefon pintar model terbaharu.

“Setiap tahun Apple menge­luarkan telefon bimbit model baharu jadi saya akan memastikan saya dapat memiliki te­lefon pintar tersebut. Bukan itu sahaja, saya juga beli gajet lain jenama sama yang juga dibeli secara hutang,” katanya.

Kongsi Zack, dia mula berdepan masalah apabila diberhentikan kerja selepas syarikat tempatnya mencari rezeki menghadapi masalah kewangan sekali gus menyebabkan dia hilang sumber pendapatan untuk membayar ansuran bulanan gajet yang dibeli.

“Ketika ini saya mempunyai tiga hutang gajet yang menggunakan dua kad kredit dan satu lagi hutang dengan kaedah ‘beli dahulu bayar kemudian’ di platform e-dagang yang tertunggak selama tiga bulan.

“Demi melangsaikan hutang itu, saya kini sedang menjalankan dua pekerjaan bagi mendapatkan wang lebih untuk melunaskan kesemua hutang tertunggak itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN