fbpx
Pasangan Aaron-Wooi Yik jadi sandaran Malaysia untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Paris.

Bangkit buktikan kemampuan kita di Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMASYA Sukan Olimpik Paris 2024 berbaki lebih kurang sebulan sahaja lagi dengan setiap atlet berada dalam fasa terakhir melakukan persiapan bagi menghadapi temasya yang dianggap terbesar di dunia itu.

Tidak terkecuali atlet-atlet negara yang bakal menggalas cabaran untuk menghadirkan kilauan pingat emas pertama Malaysia sejak menyertai temasya sukan empat tahun sekali itu bermula 1956.

Bagaimanapun, prestasi pemain badminton negara yang dianggap antara prospek untuk meraih emas di Paris nanti sedikit merisaukan apabila gagal menampilkan aksi diharapkan dalam beberapa kejohanan terdahulu.

Paling merisaukan adalah penurunan prestasi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sehingga mendapat teguran daripada Pengarah

Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.

Bagi penulis, ini bukanlah masa yang sesuai untuk para pemain negara menunjukkan aksi ‘yo-yo’ di kala pemain lain menunjukkan taring masing-masing dalam setiap kejohanan menjelang Olimpik Paris.

Justeru, tempoh yang berbaki lebih kurang sebulan ini patut dimanfaatkan sebaiknya oleh pemain negara bagi memperbaiki segala kelemahan dan kembali mendapatkan prestasi terbaik mereka.

Terdahulu, Rexy tanpa berselindung mengakui tidak berpuas hati dengan aksi Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei yang gagal memanfaatkan peluang untuk merangkul kejuaraan pada Malaysia Masters bulan lalu biarpun turun sebagai pilihan utama.

“Kita harus berterus terang, kekalahan Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Saya kecewa bukan disebabkan mereka kalah kepada pasangan Korea, tetapi kerana kalah akibat kesilapan sendiri.

“Aksi mereka secara keseluruhan, saya boleh beri lima atau enam daripada 10 markah. Tang Jie-Ee Wei pula bermain sangat teruk di separuh akhir. Kita tidak nampak satu kombinasi sebagai satu pasukan,” katanya.

Selepas aksi di Malaysia Masters, kedua-dua beregu itu menggalas cabaran di Terbuka Singapura dan ia turut berakhir dengan kekecewaan apabila Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei masing-masing tersingkir di suku akhir.

Terbaharu, Aaron-Wooi Yik menerima tamparan hebat apabila tewas kepada pasangan Taiwan, Lu Ching Yao-Yang Po Han pada pusingan kedua Terbuka Indonesia, manakala Tang Jie-Ee Wei tersingkir lebih awal di pusingan pertama.

Biarpun prestasi mereka merudum ketika ini, namun penulis percaya pemain-pemain negara akan menggunakan kesempatan yang ada untuk melakukan latihan intensif dan ‘meletup’ di Olimpik

Paris seperti diharapkan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

“Katakan mereka muncul juara di Terbuka Thailand, Singapura, adakah kita mahu mereka memuncak di sana? Kita mahu mereka capai prestasi yang tertinggi di Paris 2024. Sekiranya mereka menghadapi saat-saat yang sukar, mereka perlukan kita,” katanya.

Selain Aaron-Wooi Yik yang diletakkan sebagai prospek emas, Malaysia masih memiliki satu lagi pemain bagi melaksanakan tugas tersebut, iaitu perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN