fbpx
Sock Tao (tengah) ketika menziarahi isteri mangsa, Azimah di pekarangan Hospital Kuala Kubu Baharu, hari ini. Foto oleh M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

Tiga beranak lemas: Isteri cuba beri bantuan pernafasan lepas suami timbul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Suasana hiba menyelubungi ahli keluarga mangsa yang ditemui lemas melibatkan seorang bapa dan dua anak di Sungai Balak, berhampiran Jalan Genting Lama, Batang Kali, di sini hari ini.

Mayat mangsa, Arif Fadzil Abdul Salleh, 43, dan dua anaknya iaitu Damia, 9 dan Abdul Malik, 6 yang dibawa menaiki ambulans tiba di Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Baharu sekitar pukul 4.20 petang tadi.

Tinjauan Kosmo! di sini mendapati, isteri mangsa, Azimah Azaha, 37 bersama ahli keluarga lain dilihat masih terkejut dengan khabar duka itu dan enggan bertemu media.

Pada masa sama, calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu iaitu Pang Sock Tao turut dilihat hadir kira-kira pukul 4.55 petang bagi menziarahi keluarga mangsa sementara calon Perikatan Nasional,o Khairul Azhari Saut tiba selang 30 minit kemudian.

Sementara itu, sepupu mangsa yang dikenali sebagai Juliza memaklumkan, ketika kejadian, Azimah yang berada di tepi sungai cuba mencari dan menarik suaminya.

“Apabila dia nampak suaminya timbul, dia tarik mangsa ke tepi (darat) dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) tetapi mangsa tidak memberikan respons.

“Selepas itu, Azimah nampak dua anaknya timbul dan menarik mereka ke tepi sungai namun kedua-duanya sudah tidak bernyawa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Juliza memberitahu, Azimah kemudian terus menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan kejadian terbabit.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang bapa dan dua anaknya disahkan meninggal dunia selepas lemas ketika bermandi-manda di Sungai Balak, Batang Kali, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN