fbpx

Lelaki dakwa ditolak makhluk halus hingga jatuh Jambatan Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian seorang lelaki terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Seorang lelaki nyaris lemas apabila terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong di sini selepas mendakwa dia ditolak individu tidak dikenali atau makhluk halus dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an sempat diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang menaiki tiga buah bot.

Saksi kejadian, Nahisam Mohd. Nor, 50, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar ada objek yang jatuh dari jambatan itu.

Menurutnya, salah seorang pemancing itu kemudiannya melihat mangsa sedang berdiri atas tapak lama jambatan tersebut yang berada di dalam Sungai Kelantan.

“Menyedari mangsa jatuh ke dalam sungai, saya terus menghidupkan enjin sebelum bergegas menghampiri lelaki terbabit.

“Ketika itu, saya dapati lelaki itu sudah berada di atas tapak lama jambatan tersebut. Tapak lama itu boleh dilihat ketika ini kerana paras air Sungai Kelantan menurun ekoran cuaca panas,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Nahisam memberitahu, dia dan rakan-rakannya mengambil masa selama 15 minit untuk menyelamatkan lelaki terbabit naik ke atas bot sebelum dibawa ke tebing sungai.

Katanya, mangsa memaklumkan kejadian berlaku ketika dia sedang berjoging sebelum mendakwa ditolak oleh individu yang tidak dikenali jatuh ke dalam sungai.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI